Pada dinding rongga bronchiale akan mengalami radang yang mengakibatkan saluran pernafasan menjadi sempit, akhirnya si pesakit akan rasa sesak nafas atau semput.

Punca Penyakit Asma
Sebenarnya sehingga kini para pakar masih belum menjumpai punca atau faktor penyebab kepada terjadinya penyakit asma.Pesakit asma sebenarnya memiliki sifat khas, ianya sangat peka terhadap beberapa rangsangan seperti pencemaran udara (asap, debu), udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau yang tajam/kuat seperti minyak wangi dan juga aktiviti bersukan.
Bagi mereka yang ada sejarah keturunan pernah mengidap penyakit asma, maka besar kemungkinan untuk dihidap pula oleh ahli keluarga yang lain.

Tanda dan gejala Penyakit Asma
- Ada bunyi ketika pernafasan (Wheezing), terutamanya ketika menghembus nafas. Tidak semua penhidap asma akan memiliki pernafasan yang berbunyi.
- Rasa sesak nafas akibat daripada kesan saluran bronchiale yang sempit.
- Batuk yang berpanjangan terutamanya pada waktu malam, diawal pagi dan ketika cuaca sejuk.
- Dada terasa sempit dan sakit
- Mudah lelah/Semput ketika melakukan aktiviti bersukan.
- Mudah rasa panik, walaupun pada hal yang kecil atau apabila berlaku kejutan.
- Bagi kanak-kanak, tanda-tanda awal penyakit asma adalah seperti rasa gatal pada rongga dada dan leher.
Jika anda dapati ada tanda-tanda atau gejala penyakit asma, pastikan anda segera pergi berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Tindakan segera untuk menyembuhkan penyakit asma mungkin akan membantu penyakit ini daripada menjadi lebih teruk.
0 Comments