Subscribe Us

header ads

Gejala Dan Tanda-Tanda Penyakit Asma

Penyakit Asma adalah antara penyakit yang teruk, penghidap Asthma akan merasa sukar untuk bernafas.

Penghidap Asma juga sangat sensitif dengan rangsangan seperti udara tercemar dan cuaca yang sejuk.

Antara gejala atau tanda-tanda asma adalah seperti batuk-batuk, sesak nafas, semput serta bunyi ketika bernafas.

Namum begitu gejala ini tidak sama untuk setiap individu, setiap orang memiliki tanda-tanda asma yang berbeza.

Sebolehnya kita mahu elakkan penyakit ini, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kerana amat sukar untuk mengubati penyakit asma.

Gejala Dan Tanda-Tanda Penyakit Asma

Gejala Awal Asma

  • Pola pernafsan mulai berubah
  • Kerap bersin
  • Mudah bertukar mood (moodiness)
  • Batuk yang kerap
  • Rasa gatal pada tekak
  • Mudah merasa penat apabila melakuakn aktiviti berat
  • Lingkaran hitam pada bawah mata
  • Sukar untuk tidur
  • Hidung berair


Tanda-Tanda Asma Yang Lebih Teruk

  • Pernafasan terasa berat, dan ada bunyi terutamanya ketika nafas dihembus
  • Batuk yang kerap
  • Nafas pendek dan semput
  • Rasa sesak dada

Gejala Dan Tanda-Tanda Penyakit Asma

Faktor Penyebab Asama pada bayi atau kanak-kanak


  • Faktor keturunan atau genetik, ada sejarah ahli keluarga pernah menghidap asma
  • Terkena jangkitan pada saluran pernafasan ketika masih bayi
  • Kesan daripada udara persekitan yang tidak sihat seperti asap rokok dan pencemaran udara
  • Alergik pada debu, haiwan berbula, alah pada bunga
  • Aktiviti fizikal yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit asma
  • Perubahan cuaca, terutamanya cuaca sejuk


Jika didapati adanya gejala atau tanda-tanda penyakit asma seperti diatas, dinasihatkan anda pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya batuk hampir sebulan,banyak lendir dan kahak...kerap batuk disebelah malam..kadang2 bunyi bila bernafas..apakah ini tanda2 asma

    ReplyDelete