Info Terkini
Loading...

Petua Mengubati Asma Secara Semulajadi

Mengubati penyakit asma sebenarnya agar sukar, malah ada pesakit yang terpaksa mengambil ubat asma dalam jangka masa yang panjang seperti steroid.

Jika anda risaukan tentang kesan jangka masa panjang ubatan, maka cubalah mengatasi penyakit asma secara semulajadi.

Petua Mengubati Asma Secara Semulajadi

Petua Mengubati Asma Secara Semulajadi


Dimana ia mungkin mampu membantu pesakit asma mengurangkan kadar kebergantungan kepada inhaler.

Semoga dengan beberapa petua / tips ini nanti dapat membantu pengidap asma. Mungkin anda tidak boleh elakkan daripada menggunakan inhaler 100%, namum sekurang-kurang kita tidak menggunakannya secara kerap.

1. Hindari makanan dan alergen yang menjadi punca asma.

Sebagai contohnya adalah makanan yang diproses, daging dan tenusu kerana makanan jenis ini mampu membuatkan asma menjadi lebih buruk.

Ini disebabkan kerana ia mampu meningkatkan kandungan toksin dalam badan dan juga boleh meningkatkan pengeluaran mukus.

Bagi mengelekkan alergik, anda boleh gunakan penapis udara anti-alergen dirumah kerana ia mampu  mengurangkan kadar habuk dan debunga pada udara di dalam rumah kita.

Lebih kerap membersihkan karpet atau permaidani dengan menggunakan pembersih vakum, ini adalah untuk mengelakkan rumah kita daripada menjadi sarang kepada debu.


2. Gunakan bahan-bahan yang mampu mengurangkan keradangan.


Ada bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kurangkan keradangan asma adalah bawang putih, paprika, ginseng serta makanan dengan asid lemak Omega 3.

Makanan yang mengandungi asid lemak Omega 3 antaranya adalah seperti berikut :-

  • Ikan
  • Jintan
  • Buah Anggur
  • Kacang
  • Buah Oren
  • Tangerin, iaitu buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C


Jus oren memang bagus, namum jangan masukkan ais dalam jus oren, lebih elok diminum dalam suhu sederhana sejuk.

Ini kerana ais boleh membuatkan saluran penting organ pernafasan mengalamai penyempitan, sekaligus ia menyebabkan serangan asma.

Adan boleh juga mencuba ubat herba untuk mengubati asma.


3. Serangan asma menjadikan badan lebih terdedah kepada Radikal Bebas (Free Radicals)

Radikal bebas mampu merosakkan tiub bronchial dan menjadi punca gejala asma menjadi lebih teruk.

Untuk itu, amalkan selalu untuk memakan makanan yang mengandungi lebih antioksidan untuk mencegah radikal bebas.

Makanan yang mengandungi antioksidan boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.



4. Ambil magnesium tambahan untuk merawat asma secara semulajadi


Dengan mengambil setiap 500mg megnesium, ia mampu membantu membuka saluran bronkus dan membantu melancarkan pernafasan.

Antara makan yang kaya dengan magnesium adalah bayam, gandum, taugeh dan bendi.


5. Lakukan senaman pernafasan dan teknik relaksasi untuk meredakan serangan asma sederhana.


Caranya adalah seperti berikut :-
Tarik/hembus nafas secara perlahan-lahan melalui mulut atau hidung.
Tenangkan diri, elakkan daripada perasaan panik kerana ia akan menjadikan gejala asma lebih teruk.
0 Komen untuk "Petua Mengubati Asma Secara Semulajadi"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie