Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online yang akan diadakan pada 5 disember 2016.
Saya akan berkongsi tip peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.
Baiklah, untuk pengetahuan calon. Format peperiksaan online ini dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu :-
a) Seksyen A : Pengetahuan Am
Masa : 40 minit (8:00 pm hingga 8:40 pm)
Bilangan soalan : 50 Soalan
b) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Masa : 45 minit (8:55 pm hingga 9:40 pm)
Bilangan Soalan : 40 soalan
Untuk memberi kefahaman lebih lanjut kepada calon kita akan kupas lebih lanjut tips bagaimana hendak bersedia menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir ini.

Tips Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29
Pertama sekali saya ingin tekankan bahawa tujuan exam online ini dibuat adalah sebagai tapisan awal untuk memilih calon yang benar-benar yang layak untuk dipanggil ditemuduga bagi jawatan ini.
Semua orang ingin lulus dan berjaya, dalam ribuan pemohon tidak semua mendapat peluang untuk menduduki exam online ini.
Jadi jangan sia-siakan peluang yang telah terhidang dihadapan anda. Lagipun sekarang bukan senang sebenarnya untuk mendapat pekerjaan dalam sektor awam.
1. Jawab soalan yang senang dahulu. Jika anda kurang pasti dengan jawapan yang diberikan, langkau (skip) ke soalan yang seterusnya terlebih dahulu.
2. Jangan risau soalan yang tidak dijawab akan diberikan tanda, jadi anda tidak akan tertinggal atau terlupa soalan mana yang belum dijawab.
3. Begitu juga apabila berhadapan dengan soalan yang susah. Teruskan menjawab soalan yang mudah sehingga ke soalan ke-50.
4. Selepas itu ulang balik kepada soalan yang tidak dapat dijawab tadi semula.
Seksyen A : Pengetahuan Am
Pada bahagian ini ada 50 soalan untuk dijawab dalam masa 40 minit. Bermakna 1 soalan perlu dijawab kurang daripada 1 minit.
Jadi calon perlu menjawab soalan dengan pantas kerana masa yang diberikan adalah terhad.
Pada bahagian ini ia lebih bertujuan untuk menguji tahap kepekaan calon secara umum terhadap dasar-dasar kerajaan yang terkini, pentadbiran, hal ehwal dalam negara dan luar negara dan seumpamanya.
Berikut antara topik yang patut anda baca yang memantapkan lagi persediaan anda untuk menjawab soalan Pengetahuan Am.
- Rukun Negara
- PLKN
- Perundangan Negara
- Perlembagaan Persekutuan
- Hubungan luar negara
- ASEAN, OIC dan PBB
- Agensi kerajaan
- Dasar-dasar kerajaan yang terkini seperti NKRA, NBOS, Insentif kerajaan untum kebajikan rakyat
- Berkaitan pembentangan Bajet
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Untuk bahagian ini pula calon akan diuji tahap kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah.
3 elemen utama yang perlu diambil perhatian oleh setiap calon iaitu kemahiran logik, kemahiran mengalisis data dan kemahiran matematik
Kemahiran logik adalah untuk menguji kreativiti dan tahap pemikiran setiap calon dalam menyelesaikan masalah. Kepada mereka yang gemar bermain permainan IQ rasanya tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan sebegini.
Kemahiran menganalisi data pula adalah untuk menilai tahap ketelitian calon terhadap data-data yang diberikan.
Kemahiran matematik pula soalannya tidaklah terlalu sukar, kebiasaannya soalan yang keluar adalah apa yang sudah kita belajar semasa SPM dulu. Selalunya soalan yang diajukan adalah untuk menyelesaikan masalah matematik mudah.
Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir Sekarang!
Untuk mendapat gambaran yang lebih tepat tentang soalan peperiksaan yang akan dijawab nanti, saya syorkan anda mendapatkan rujukan Contoh Soalan Penolong Pegawai Tabdir.
Ini kerana anda akan lebih bersedia dengan format soalan yang bakal diajukan nanti. Jadi apabila tiba masa peperiksaan anda tidak menjadi gelabah. Lagipun masa yang diberikan amat terhad, jadi jangan buang masa anda.
Prof Hariz sememangnya berpengalaman dan juga telah membantu ramai calon untuk lulus dalam exam online sebegini. Boleh lihat testimoni dibawah apa kata mereka yang pernah mendapatkan contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir.





Dapatkan segera Tip Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 ini secara PERCUMA di http://profhariz.com/penolong-pegawai-tadbir/
0 Comments