Info Terkini
Loading...

Kerja Dari Rumah

Kerja dari rumah bukan lagi suatu perkara yang pelik di zaman sekarang. Ramai orang yang berjaya menjana pendapatan secara online. Malah ada yang melakukannya secara sepenuh masa.

Sebenarnya ada banyak cara atau kaedah yang boleh kita lakukan untuk buat duit secara online. Lebih tepat saya boleh katakan ia sebenarnya bergantung kepada minat serta kemahiran yang kita ada.

Sekali imbas kita mendengar orang bercerita tentang kerja dari rumah macam senang dan mudah. Kita sebenarnya silap. Mana ada kejayaan datang dengan begitu mudah, sudah pasti kita perlu bekerja keras untuk memulakan langkah pertama kita untuk berjaya.

Baiklah apakah bidang kerja yang boleh kita lakukan dari rumah untuk menjana pendapatan.

kerja dari rumah

Bisnes Online

Bisnes adalah sumber pendapatan yang paling besar, tak kiralah secara online atau offline. Menjual produk secara online kini sudah menjadi perkara biasa, ramai yang lakukan secara sepenuh masa dan separuh masa.

Apa yang kita perlu lakukan adalah mencari satu produk yang sesuai serta mendapat permintaan ramai untuk dijual secara online.

Apabila kita sudah ada produk untuk dijual, apa langkah kita seterusnya adalah membuat promosi. Paling ramai orang buat promosi adalah di media sosial seperti Facebook. Kenapa? Sebab disitulah lubuk tempat berpusu-pusu manusia berkumpul.

Disinilah usaha yang tekun perlu kita lakukan, buat promosi, promosi, promosi sehingga produk kita jual laku keras.


Buat Blog

Tak dinafikan ramai juga blogger Malaysia yang berjaya menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Malah ada beberapa blogger yang sya kenal sanggup menjadi blogger sepenuh masa.

Sumber pendapatan daripada blog kebanyakkan datang daripada pengiklanan. Ada yang menjana pendapatan daripada pengiklanan adsense, cas sewa banner di blog, advertorial dan review artikel.

Namum begitu ada juga blogger yang berpengaruh di media sosial mendapat job untuk buat promosi di media sosial, malah ada job datang daripada mereka yang buat bisnes online.

Cuba bayangkan jikalau anda berjaya gabungkan kedua-duanya, buat bisnes online dan blog. Tetapi nasihat saya, jangan terlalu gopoh untuk mengejar. Buat sesuatu sehingga stabil barulah kita fikir yang mulakan langkah yang lebih jauh.


Menjadi Freelancer

Freelancer mungkin salah satu kerja yang agak kurang  di Malaysia, tetapi saya ada kenal mereka yang buat kerja seperti ini. Ramai rakan saya itu adalah yang buat grafik design dan menulis artikel.

Namum ia juga boleh menjana pendapatan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan strategi yang bijak. Saya juga sering melakukan freelancer dengan membuat grafik design untuk rakan-rakan yang buat bisnes online.

Anda juga boleh buat kerja dari rumah dengan iLancee. ia dimana satu laman yang mengumpulkan freelancer di satu tempat dan mereka akan promosikan servis yang freelancer tawarkan.


3 perkara diatas adalah jenis kerja dari rumah yang pernah aku buat dan masih buat. Sememangnya ia mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan jika kita lakukan dengan bersungguh-sungguh serta rajin belajar ilmu untuk memajukan diri. Yang paling penting adalah kita perlu ada disiplin yang tinggi serta bijak mengatur jadual agar kerja kita sistematik.

Anda boleh kongsikan jika anda ada pengalaman kerja dari rumah yang pernah atau sedang anda lakukan, untuk beri semangat kepada rakan-rakan yang baru hendak bermula.

0 Komen untuk "Kerja Dari Rumah"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie