
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa 2 minggu lagi.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, DR Azmi Sharom, PRN Sabah memerlukan lebih masa dan tidak boleh terburu-buru kerana ia membabitkan satu negeri dan tidak sama dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini.
"Maka ia akan mengambil masa untuk kami menentukan logistik supaya dapat mengadakan satu pilihan raya yang sesuai dan sempurna.
"Kita tidak boleh tergesa gesa, kita kena bersedia betul-betul," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Bengkel Libat Urus Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya Bersama Parti Politik di sini, hari ini.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
Pada 30 julai, Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, untuk membubarkan DUN Sabah selepas keadaan politik Sabah yang bergolak.
Sementara ini, sebelum diadakan PRN Sabah, SPR akan menyelesaikan terlebih dahulu urusan PRK Slim. Urusan pilihan raya pada kali ini sedikit berbza kerana ia diadakan ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Sudah pastiya SOP yang telah dipraktikan pada PRK Chini akan diteruskan untuk PRK Slim dan PRN Sabah mengikut kehendak Kementerian Kesihatn (KKM).
0 Comments