Subscribe Us

header ads

4 Rakyat Malaysia Diculik Lanun

4 Rakyat Malaysia Diculik Lanun

4 orang anak kapal warga negara Malaysia dipercayai telah diculik dikawasan berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, antara waktu pukul 6 petang semalam.

Kapal yang yang dinaiki oleh 9 orang tersbut telah ditawan oleh 8 lelaki yang lengkap bersenjata apa, kemudiannya mereka telah menculik 4 warga Malaysia iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Mangsa dikatakn telah dilarikan dengan menggunakan bot laju.

Kapal yang malang ini juga turut dinaiki oleh 4 warga Malaysia, 2 Indonesia dan 3 Myanmar. Mereka dalam pelayaran menaiki kapal tunda, Masfive6 dari Manika ke Tawau.

4 warga Malaysia yang berasal daripada Sibu tersebut dilaporkan dalam perjalan pulang ke Malaysia selepas membawa kayu balak ke Manila, Filipina. Mereka bertugas di sebuah yang yang didaftarkan atas nama 'Masfive 6'.

4 Rakyat Malaysia Diculik Lanun

Beberapa kawasan pantai Timur Sabah seperti Tungku, Semporna, Kunak dan Lahad Datu memang menjadi tumpuan kegiatan perlanunan, dan berlaku sejak 1980-an. Namun, kini terdapat juga aktiviti yang dikenali sebagai mundu dalam kalangan penduduk tempatan. Terdapat 28 kes mundu dari 2001 hinggga 2003 misalnya.yang dilakukan oleh rakyat Filipina. Terdapat lebih kurang 20 kumpulan mundu yang bergiat aktif menurut satu kajian. Kumpulan yang aktif dikenali sebagai Kumpulan Pipi Uwah,  Sarikal, Akil Jani, dan Madjuran.

Post a Comment

0 Comments