Aktress drama di Thailand, Pui Aranya telah membuat papan iklan gergasi di kota Bangkok. Dalam iklan tersebut ia disiarkan untuk mencari lelaki yang sudi menjadi suami beliau.
Pelakon drama yang kini sudah berusia 40 tahun, mendakwa masih dara dan berlum berkahwin sehingga beliau pernah mencuba mencari pasangan hidup menggunakan agensi mencari jodoh dan juga di internet namum masih belum berjaya.
Pada papan iklan tersebut dipaparkan gambar Pui dengan 'pose' yang menghairahkan, turut diletakkan nombor telefon untuk dihubungi.
Antara ayat yang tertera di papa iklan gergasi tersebut adalah,
“Berusia 40 tahun dan masih dara, Saya mahu kamu! Pui Aranya kini mencari seorang suami."“Sebelum saya mati, saya mahu mempunyai suami,”
Pui juga menyatakan bahawa dia sememangnya serius untuk mencari pasangan hidup, disebabkan itulah dia sanggup menyewa papan iklan gergasi tersebut.
Namum pihak polis telah bertindak menurun papan iklan terbabit selepas beberapa hari ia dipasang dengan alasan iklan terbabit ada unsur lucah.
Malah pihak polis juga telah mengenakan denda agensi pengiklanan yang terlibat sebanyak 500 bhat (RM55).
0 Comments