Mengatasi Masalah Signal MyTV Yang Rendah Atau Tidak Stabil

66 / 100 SEO Score

Rakyat Malaysia kini sudah sedia maklum, siaran televisyen analog akan ditutup secara berperingkat. Selepas ini siaran TV digital akan digunakan secara menyeluruh. Disini ada beberapa tip untuk mengatasi masalah signal MyTv yang rendah atau tidak stabil.

Signal myTV yang diterima ada disesetengah kawasan sangat jelas, ada yang hanya perlukan antena kecil di dalam rumah. Namum bagi kawasan rumah berada jauh daripada pemancar, signal yang diterima tidak stabil dan sangat rendah sehingga mengganggu siaran untuk sesetengah channel.

mengatasi masalah MyTV yang rendah atau tidak stabil

Jadi untuk mengatasi masalah signal myTV yang rendah dan tidak stabil ini mari kita baca tips yang dikongsikan oleh Mohd Khairi Abdul Rahman di laman Facebook. Ini adalah persediaan sebelum siaran analog diberhentikan sepenuhnya nanti.

Sangat menarik juga daripada perkongsian encik Mohd Khairi adalah hasil antenna buatan sendiri, D.I.Y dengan membuat ubahsuai daripada antenna lama miliknya.

Mengatasi Masalah Signal MyTV Yang Rendah Atau Tidak Stabil

1. Tukar Antenna

Beli atau dapatkan antenna yang mempunyai elemen yang lebih banyak iaitu memiliki ‘tulang’ yang banyak. Rujuk gambar untuk melihat hasil ujikaji saudara Mohd Khairi, dimana dia buat perbandingan diantara antenna TD-5E Thaicom yang memiliki 5 elemen manakala antenna hasil D.I.Y memiliki 7 elemen.

antenna mytv diy

2. Pendekkan Kabel

Sebaiknya cuba pendekkan panjang kabel dari antenna ke sambungan dekoder. Jika ada kabel yang lebih sebaiknya kita potong. Daripada ujikaji Mohd Khairi yang telah memotong sebanyak 8 meter kabel yang lebih, hasilnya berjays menaikkan kualiti signal sehingga 73%.

3. Elak atau Minimumkan Penggunaan DiSEqC, Splitter dan Diplexer

Jika tiada keperluan untuk kita menggunakan DiSEqC, Splitter atau Diplexer, sebaiknya kita elakkan atau kurangkan alatan terbabit untuk sambungan dari antenna ke dekoder.

4. Gunakan Kabel RG6 (Kabel Astro)

Jika jarak antara antenna ke dekoder terlalu jauh, bagi yang terpaksa guna outdoor antenna sebagai contohnya. Jadi lebih baik kita gunakan kabel RG6 iaitu kabel yang digunakan untuk Astro. Namum buat mereka yang jarak antenna ke dekoder dekat, di bawah 5 meter boleh sahaja untuk guna kabel RG59.

Sekian dahulu untuk perkongsian tips kali ini, pastikan anda sudah mendapatkan dekoder untuk menerima siaran tv digital nanti. Diharap dengan sedikit info ini anda semua tiada masalah dengan signal MyTV yang rendah atau tidak stabil.

Leave a Reply